Anak jati Lawas perlu bergerak seiring kemajuan sekarang – Awang Tengah

KUCHING: Persatuan Anak Jati Lawas diminta agar terus memanfaatkan kewujudan persatuan itu untuk memajukan diri serta melibatkan diri dalam program pembangunan sekarang.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, segala
projek pembangunan rancak dijalankan di negeri ini dan Lawas turut menerima tempias pembangunan itu.
Katanya, pusat kemahiran seperti CENTEXS yang sedang rancak dibina di Lawas merupakan platform untuk anak-anak Lawas mempelajari ilmu kemahiran yang akhirnya nanti akan memberi kejayaan kepada belia tempatan.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Badudun Aidilfitri Anak Jati Lawas di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Majlis itu anjuran Persatuan Anak Jati Lawas (JATI), dihadiri masyarakat Lawas yang tinggal di bandar raya ini.