Kita masih tunggu surat rasmi ROS – Abang Johari

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih menunggu kelulusan surat rasmi daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
“Kita masih menunggu surat rasmi daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk kelulusan seterusnya melancarkan GPS ini.
“Tunggulah … sedikit masa lagi. Nanti saya beritahu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya perkembangan Gabungan Parti Sarawak di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok menghadiri Majlis Korban Aidiladha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.8 Satok anjuran Pemuda PBB cawangan itu di pekarangan parkir Pusat Khidmat PBB N.8 Satok.
Turut hadir, Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sebanyak enam ekor lembu dikorbankan untuk diagihkan kepada 400 penerima di Cawangan N.8 Satok.