Rakyat nikmati kemajuan hasil perjuangan PBB – Jamilah

LUNDU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) melakukan banyak pembangunan untuk kemudahan rakyat Sarawak selama 55 tahun Sarawak bersama membentuk Malaysia.
ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata justeru, rakyat harus menghargai apa yang telah dinikmati sekarang dan mesti mempertahankannya untuk anak cucu pada masa hadapan.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Sukaneka Rakyat sempena Hari Malaysia di Kampung Stoh, di sini.
“Kampung ini telah banyak berubah dari mula-mula saya datang ke sini dulu. Jika dulu kampung ini hanya dihubungi melalui sungai dan laut tapi sekarang jalan raya telah ada, bekalan elektrik malahan jika dulu menggunakan air telaga sekarang telah ada air paip. Walaupun kadang-kadang tidak ada, tapi notis akan diberikan untuk kita menakung air agar tidak menghalang tugas harian kita.

” Untuk itu kita mesti bersatu dan mempertahankan PBB dan tidak membiarkan parti luar untuk membohongi dan memecahbelah perpaduan kita di negeri Sarawak, ” katanya lagi.
“Pesan Allahyarham Tok Nan, jika kita sayang Sarawak kita akan ambil berat dan mempertahankannya. Itulah yang akan saya lakukan kerana saya sayang Sarawak, ” tambahnya lagi.

Sukaneka yang disertai lebih 300 penduduk dari kampung berdekatan.