Ceramah perdana Syamsul Debat di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem

LUNDU: Penduduk sekitar daerah ini membanjiri Masjid Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem untuk mendengar ceramah perdana yang disampaikan penceramah terkenal, Syamsul Debat pada malam tadi.

Bicara Ilmu yang menekankan penting nya hubungan kekeluargaan iaitu empat perkara untuk ke Syurga Allah dengan mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga maruah sebagai wanita dan mentaati perintah suami.

Majlis yang bermula selepas solat Maghrib dianjurkan pengurusan Masjid Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem Daerah Lundu. Yang turut hadir, ADUN N.3 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu.