Projek RTP rapatkan jurang pembangunan desa, bandar -Jamilah

KUCHING: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) didapati telah banyak merapatkan jurang pembangunan desa dan bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata ia merupakan inisiatif yang diperkenal Allahyarham Tok Nan untuk membina projek pembangunan menggunakan peruntukan kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penangguhan LAB RTP 2018 Rancangan Boleh Pinda 2019-2020 bermula 26 September dan berakhir hari ini di Pusat Peranginan Pantai Damai.
Program ini bertujuan merancang projek berdasarkan pelan induk bagi DUN 3 Tanjong Datu terbahagi kepada zon Sampadi, Lundu dan Sematan bersama agensi pelaksana seperti Jabatan Bantuan Air Luar Bandar, Majlis Daerah Lundu, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.