Pendaftaran GPS dilulus – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan pendaftaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan surat dari Pendaftar Pertubuhan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Berita gembira itu dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menggulung perbahasan Belanjawan 2019 di sini, hari ini. Beliau menyatakan demikian ketikamenjawab soalan Ahli Parlimen Kapit merangkap Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)-GPS, Datuk Alexander Nanta Linggi.
Sementara itu, dalam kenyataan medianya Alexander berkata, bagi pihak GPS, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Pendaftar Pertubuhan dan juga Menteri Dalam Negeri. Ini sekali gus merupakan pengiktirafan kepada perjuangan rakyat Sarawak bagi mempertahankan hak Sarawak dalam Malaysia.