Perarakan Maulidur Rasul peringkat Kuching berpusat di Lundu

LUNDU: Kira-kira 2,000 orang turut serta dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Bahagian Kuching di sini, hari ini.
Perarakan sejauh 3.0 kilometer itu bermula dari Stadium Mini Daerah Lundu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu.
Sebanyak 38 kontinjen mewakili jabatan kerajaan, badan berkanun, masjid, sekolah JKK Kampung dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai perarakan itu.
Turut hadir, Residen Bahagian Kuching, Ismail Mohamad Hanis, Pegawai Daerah Lundu, Awang Putra Yusry Awang Redzuan dan pemimpin masyarakat.