Hasil tangkapan Kelab Pemancing Sungai Lajem disedekah kepada keluarga asnaf

KUCHING: Kelab Pemancing Sungai Lajem sekali lagi menganjurkan aktiviti pertandingan memancing bagi mengeratkan jalinan persaudaraan di antara ahli-ahli kelab sambil beramal, berakhir semalam.
Bertemakan Memancing Sambil Beramal merupakan program kali kedua diadakan semenjak tahun 2017.
Hasil tangkapan peserta disedekahkan kepada dua keluarga asnaf di kawasan Sungai Lajem.
Pengerusi Kelab Memancing Sungai Lajem, Majais Bujang berkata cadangan dan aktiviti berkaitan memancing dan sukan berkayak diurus secara profesional dan cekap oleh pihak kelab. 
Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada Pengerusi Kelab di talian 017-8218290.
“Terima kasih atas segala usaha dan kerjasama mereka yang terlibat melancarkan aktiviti ini,” katanya.
Sementara itu, bagi pihak Kampung Heritage, ia merupakan aktiviti murni di samping mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat kampung dan ahli kelab.