Lelaki maut ketika lintas jalan, kesesakan teruk di Jambatan Tun Abdul Rahman

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub, pada awal pagi ini.
Ketika kejadian, mangsa yang identitinya belum dikenali maut di tempat kejadian dikatakan sedang melintas jalan di kawasan berkenaan.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk dari kawasan Petra Jaya menuju ke Satok sekali gus menjejaskan orang awam turun ke pejabat dan menghantar anak sekolah.
Akibat perlanggaran itu, kereta Perodua Myvi remuk di bahagian hadapan.
Sepasukan ambulans dan anggota trafik tiba di tempat kejadian.