GPS bakal menjadi katalis ekonomi moden -Abg Jo

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal menjadi katalis pembangunan ekonomi moden di negara ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu berdasarkan sumber kekayaan yang dimiliki oleh negeri Sarawak.
Katanya, ini mencakupi semua bidang seperti iklim ekonomi yang baik, kestabilan politik, perpaduan kaum dan masyarakatnya yang berpendidikan.
“Kita dalam pimpinan GPS mesti ada hala tuju dalam memodenkan sistem kehidupan rakyat dan terus bekerja untuk kepentingan generasi akan datang,” katanya semasa Townhall Bersama Ketua Menteri Sarawak sempena Seminar Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 1 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini.
Beliau yang juga Pengerusi GPS berkata, perkara itu adalah terkandung dalam sembilan tonggak yang diperjuangkan GPS untuk kesejahteraan rakyat.