Penerbangan ehsan hantar 50 unit alat pemadam api ke Bario

BARIO: Penerbangan Tugasan Khas oleh Helikopter Mi17i dari Pengkalan Udara Bomba Miri ke Bario diadakan bertujuan menghantar jurulatih untuk melatih pasukan Bomba Sukarela Bario, hari ini.

Jurulatih yang dihantar dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi menyaksikan penerbangan tersebut turut membawa 50 unit Alat Pemadam Api hasil sumbangan NGO untuk rumah rumah panjang di sekitar kawasan dataran tinggi Bario.

Heli berkenaan telah diterbangkan oleh Krew Udara Bomba iaitu Kapten Lt Kol Khairul Anuar Shamsuddin dan dibantu oleh Mej Zahrolayali Abd Talib.

Turut serta adalah anggota bomba dari Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Marudi PPgB Maureen Sim, PB Zaidi dan PB Jamal.

Heli Mi17i telah berlepas dari Miri sekitar jam 10 pagi dan tiba di Bario pada jam 11.00 pagi.