Seorang lelaki melecur di tangan dalam kebakaran awal pagi

MUKAH: Seorang lelaki melecur di tangan dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Tanam, Seberang, di sini pada awal pagi tadi.
Menurut info Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.18 minit pagi, bergegas menghantar sepasukan anggota bomba ke tempat kejadian. 
Komander Operasi, Azahari Awi memberitahu pasukan bomba menggunakan sumber air terbuka untuk memadam kebakaran rumah kayu yang musnah 90 peratus itu.
Sementara, mangsa melecur diberi rawatan oleh pasukan EMRS dan dihantar ke hospital menerima rawatan susulan.
Punca kebakaran sedang dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 4.50 minit pagi.
Pasukan Bomba Sukarela Medong turut membantu di lokasi kebakaran.