Lapan pegawai pengurusan tertinggi kerajaan negeri dirai dalam majlis persaraan

KUCHING: Seramai lapan pegawai pengurusan tertinggi kerajaan negeri diraikan dalam Majlis Penghargaan Persaraan Ketua-ketua Jabatan bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak di Wisma Lounge, Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Pada majlis itu, Ketua Menteri menyampaikan plak daripada kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Pegawai-pegawai yang diraikan adalah
Datu Sudarsono Osman, bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang berkhidmat selama 40 tahun; Datu Sutin Shamat, bekas Setiausaha Eksekutif Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak (berkhidmat 38 tahun); Abang Shamsudin Abang Seruji, bekas Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (berkhidmat 37 tahun); Ipoi Datan, bekas Pengarah Jabatan Muzium Sarawak (berkhidmat 36 tahun); Datu Soedirman Aini, bekas Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)(berkhidmat 23 tahun); Datu Laura Lee Ngien Hion, bekas Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri (berkhidmat 22 tahun) dan Datu Jumastapha Lamat, bekas Akauntan Negeri Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (berkhidmat 22 tahun); Samat Junai, bekas Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIED)(berkhidmat 10 tahun). 
Majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Ismail Mohamad Hanis dan Ahli-ahli Kabinet yang lain.