Hadi Mohd Sharkawi, Nur Syakura johan qari, qariah

KUCHING: Hadi Mohd Sharkawi dan Nur Syakura Mohamad Musa diumumkan sebagai johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 2019, pada malam ini.
Kedua-dua pemenang dari bahagian Kuching. Kemenangan itu diumumkan pada Malam Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Kompleks Islam Sarawak, di sini.
Tempat kedua dan ketiga qari ialah Muhamad Hafiez Shafie dan Jubni Sulong masing-masing dari Samarahan. 
Sementara tempat kedua qariah ialah Farra Liza Mohamad Musa dari Miri dan Eza Nurumaiza Japarudin (Limbang).
Turut hadir pada malam ini, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar yang bertanggungjawab Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.