Masjid Bandar Kuching mercu tanda baharu kawasan segi tiga emas, dirasmi 1 Mac

KUCHING: Tanggal 1 Mac 2019, detik bersejarah tercipta apabila Masjid India Bandar Kuching bakal dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada malam itu. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut hadir.
Masjid yang dibina dengan ciri-ciri Timur Tengah melibatkan reka bentuk masjid di Turki itu mula dibina pada 2016. Masjid yang tersergam indah itu terletaknya di atas air menjadikan ia dikenali Masjid Terapung oleh warga kota. 
Terletak berhampiran Tebingan Kuching di kawasan segitiga emas menjadi ikon bandar raya Kuching selain Jambatan Darul Hana dan Kompleks Dewan Undangan Negeri sekali gus sebagai tarikan pelancong.