RM38 untuk tempahan awal Berambeh Sungkey Samudra

KUCHING: Hotel Samudra di sini, menawarkan pelbagai menu ala kampung sebagai hidangan ‘Berambeh Sungkey’ dengan harga berpatutan mulai 6 Mei hingga 3 Jun 2019, sempena bulan Ramadan tidak lama lagi.

Berambeh Sungkey ditawarkan dengan dua konsep sajian berbuka puasa iaitu bufet Ramadan dengan harga RM48 bagi orang dewasa, warga emas berusia 60 tahun ke atas RM38) manakala kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun hanya RM20, sementara set talam dengan harga RM39 satu set.

Bagi bufet Ramadan, ia boleh didapati pada hari Jumaat hingga Ahad manakala set talam pada hari Isnin hingga Khamis. Menu bagi set talam ialah masak lemak atau masak asam pedas,ulam-ulaman, sejenis sayuran, bubur pedas, kuih-muih, buah kurma, buah-buahan, the tarik atau air cordial dan setiap set dihidang bersama nasi putih manakala menu bufet Ramadan ialah hidangan ala kampung.

Bagaimanapun, bagi mereka yang membuat tempahan awal untuk bufet Ramadan iaitu pada 20 Mac hingga 6 Mei 2019, hanya RM38 seorang.