Ibu Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Swak, Sabah ke KK, Putrajaya tidak berunding – Abg Jo

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Putrajaya tidak mengadakan rundingan dengan Sarawak berhubung tindakan memindahkan Ibu Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah ke Kota Kinabalu mulai 1 Mei ini.
Menurut Ketua Menteri, dalam hal ini, kerajaan Sarawak akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat ini.
Perpindahan ibu pejabat itu amat mengejutkan semua pihak termasuk kerana sejak penubuhan Malaysia, ibu pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak ditempatkan di Kuching.
Beliau berkata demikian semasa pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 13B Miri di Miri Easterwood Valley Musical Corridor, hari ini.