DUN Sarawak bahas Usul Pindaan Perlembagaan Persekutuan

KUCHING: Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali membentangkan usul Perlembagaan Persekutuan untuk di bahas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Dalam usul itu, beliau berkata hakikatnya Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 yang dibentang semasa Dewan Rakyat di Parlimen pada 9 April lalu tidak diluluskan.
Justeru, persidangan Dewan Undangan Negeri memohon supaya pindaan ke atas Rang Undang-Undang itu lebih komprehensif dengan mengandungi:
1: Melindungi status Sarawak sebagai rakan bersama dalam Persekutuan Malaya apabila Perjanjian MA63 ditandatangani dan dipersetujui
2: Perkataan Persekutuan dirujuk sebagai satu daripada perkataan yang tertulis dalam Perjanjian MA63 dan bukan di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1957.
3: Melindungi undang-undang dan kuasa eksekutif Sarawak, sumber pendapatan dan geran khas diberi kepada Sarawak dan autonomi kewangan.
Setakat jam 6 petang ini, lebih 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah membahas dan menyokong usul tersebut.