Kejohanan Seni Bela Diri Dunia 2019 di Korea Selatan 30 Ogos

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jawatankuasa Seni Bela Diri Dunia di pejabat beliau di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, semalam.
Kunjungan itu bertujuan menjemput Ketua Menteri untuk menghadiri Kejohanan Seni Bela Diri Dunia 2019 Kedua di Chungju, Republik Korea Selatan pada 30 Ogos depan.
Rombongan diketuai Jawatankuasa Kejohanan Seni Bela Diri Dunia yang juga wakil kejohanan tersebut, Abang Dato Paduka Ariffin Abang Bohan serta ahli jawatankuasa lain termasuk Zulkhairi Ossman serta beberapa ahli jawatankuasa persatuan dan kelab seni bela diri yang berpusat di Sarawak seperti Sarawak Dayak Martial Art Association (SDMAA) yang diketuai oleh Pengerusinya Irwin Cartland dan Setiausaha Abraham David Melai, Kelab Pemanah Berkuda Merpati Jepang (KPBMJ) yang diketuai Naib Pengerusinya Dato Sia Siow Joo dan Setiausaha Prof Madya Dr. Sopian Bujang dan Sarawak Kunto Federation (SKF) yang diketuai Jumaat Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa Peter Galang.