Lebih 1,000 hadiri Seminar MA63 Peringkat Parlimen Santubong

KUCHING: Seminar MA63 Peringkat Parlimen P.193 Santubong berlangsung di Penview Convention Centre (PCC) Jalan Bako, pagi ini.

Perasmian seminar disempurnakan Menteri Muda Ultiliti Sarawak (Bekalan Elektrik) merangkap ADUN N.4 Pantai Damai, Datuk Dr Abd Rahman Junaidi.

Hadir sama Ahli Parlimen P.193 Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ; ADUN N3 Tanjung Datu, Datuk Amar Jamillah Anu dan ADUN N.5 Demak Laut, Dr Hazland Abg Hipni

Sejurus selepas ucapan perasmian, Wan Junaidi membuat pembentangan mengenai MA63 bagi memberi penjelasan secara terperinci mengenai Perjanjian Malaysia 1963 itu.

Seminar berkenaan dihadiri lebih 1,000 orang terdiri daripada ketua-ketua kaum dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Majlis Penangguhan Seminar yang dijadual jam 3 petang ini akan disempurnakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.