Pesta Majma Raya kembali lagi

KUCHING: Pesta Majma Raya 2019 kembali lagi dengan penganjuran kali keempat yang bermula pada 5 Mei hingga 4 Jun depan. 
Sebanyak 172 premis perniagaan disedia di dalam ruang legar dan Marque Tent, pusat beli-belah Majma, di sini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pertandingan nasyid, tilawah al-Quran, gema Aidilfitri dan macam-macam lagi program untuk menarik kunjungan ramai.
Perasmian Pesta Majma Raya dilakukan isteri Ketua Menteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, hari ini.
Pelbagai keperluan musim perayaan seperti baju Melayu, baju kurung, biskut dan kuih raya dijual.
Cabutan bertuah juga diadakan seperti kupon pembelian RM300 setiap orang dan jumlah keseluruhan cabutan bertuah mencecah RM10,000.