Sajian istimewa bufet Ramadan di hotel Harbour View

KUCHING: Seperti hotel-hotel lain, Hotel Harbour View turut tidak ketinggalan menawarkan promosi bufet istimewa sempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Pelbagai menu istimewa itu disajikan oleh chef berpengalaman di kafe Harapan, bufet Ramadan bermula 6 Mei 2019 sehingga berakhir Ramadan.

Sajian bufet Citarasa Al-Mubarak itu ditawar dengan harga serendah RM55 bagi dewasa, RM35 kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, manakala warga emas RM48 (55 tahun ke atas), pengunjung kafe berpeluang menikmati lebih 70 juadah yang menyelerakan.

Menurut Pengurus Jualan hotel, Patricia Luart seperti tahun-tahun sebelum ini, hidangan utama seperti empat aneka pilihan nasi iaitu nasi putih, nasi rempah, nasi pandan dan nasi kismis disaji bersama ayam goreng mamak, ikan duai masam manis, opor daging, kambing panggang, udang masak sambal berempah, sayur campur, sotong masak nenas green mustard with crab meat sauce dengan tiga pilihan BBQ.

Selain itu, pencuci mulut pula mengandungi lapan aneka pilihan kuih-muih, air batu campur, pelbagai jenis kek, ais krim dan buah-buahan.

Minuman sejuk dan panas seperti air selasih, air sirap, air cincau, kordial pandan, the dan kopi turut dihidangkan.

Sementara itu, Eksekutif Jualan hotel, Tracy Gray Vincent berkata, bagi peminat kambing panggang, mereka tidak harus melepakan peluang menikmatinya kerana sangat sedap.

Tidak cukup dengan itu, katanya mereka turut menawarkan ikan, udang gulai asam pedas.
Bubur pilihan ramai, bubur pedas turut disajikan selain buah kurma dan juadah lain. 
Selepas berbuka, pengunjung boleh menunaikan solat kerana pihak hotel menyediakan surau di tingkat 2.
Mereka yang berhasrat berbuka puasa di kafe Harapan, boleh menghubungi hotel di talian 082-274608 atau 0128463496 (Tracy).