Sarawak sudah sedia dana untuk sekolah daif – Abg Jo

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak sudah bersedia untuk melakukan pembayaran pendahuluan sejumlah RM1 bilion untuk melaksanakan pembangunan sekolah daif di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pembayaran itu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik supaya pelaksanaan itu dilakukan dengan secepat mungkin.
“Formula sedang kita cari, untuk pembayaran pertama, kerajaan Sarawak akan membayar RM300 juta, diikuti pembayaran kedua RM300 juta dan pembayaran RM400 juta, dalam tempoh dua tahun,” katanya semasa merasmikan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini.