Mesyuarat PEMANDU berjalan lancar, belum ada keputusan muktamad

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet (PEMANDU) bagi menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 Bill 2/2019 di Putrajaya semalam, berjalan lancar.
Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata meskipun tiada keputusan muktamad namun hasil mesyuarat itu positif.
“Segala perbincangan antara Kerajaan Sarawak dan Sabah bersama Kerajaan Persekutuan adalah baik,” katanya ketika ditanya hasil mesyuarat itu selepas menghadiri Majlis Juh Sungkey Ngan CM Abg Jo anjuran Yayasan Sarawak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Mesyuarat selama lebih dua jam itu dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.