Jamilah teruskan amalan Allahyarham Tok Nan

SEMATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu tetap meneruskan amalan suami, Allahyarham Tok Nan untuk menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan pada bulan mulia ini.
Sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut, Jamilah sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum.
Semalam, beliau menghulurkan sumbangan kepada 20 penerima golongan Asnaf di Masjid Darul Ibadah Sebat Melayu, di sini.
Sebelum itu, beliau menyertai Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.3 Tanjung Datu mengagihkan 250 bungkus bubur lambuk di Bazar Ramadan, di sini.
Untuk mengagihkan sumbangan secara adil, beliau memerlukan bantuan Penghulu dan Ketua Kampung agar menyalurkan maklumat berhubung keperluan penduduk kampung.
Bantuan itu akan disalurkan menggunakan peruntuan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) jika melibatkan kos besar.
“Bukan hanya untuk masyarakat Islam tetapi kaum-kaum lain seperti Iban dan Cina dan diagih sama rata,” katanya.