Ketua Menteri Sarawak

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada Masjid dan Surau Bahagian Kuching pada hari ini. Sejumlah 1,480 penerima dari Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang menerima bantuan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM1, 480, 000.00. Majlis penyampaian itu berlangsung di Dewan Majlis Islam, Jalan P.Ramlee.