Remaja berdepan detik cemas

Miri: Seorang pelancong remaja lelaki berdepan detik cemas apabila mengalami sesak nafas ketika berada di Air Terjun Lambir, Taman Negara Lambir di sini petang tadi.

Pihak Bomba yang menerima panggilan pada jam 2.24 petang telah menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri ke lokasi kejadian. 
Anggota penyelamat dari unit EMRS mencari mangsa berusia 19 tahun dan memberi rawatan awal.

Semasa tiba di kawasan pintu masuk kawasan air terjun pada jam 3.26 petang mangsa didapati berada di laluan masuk Taman Negara Lambir dan dibantu oleh seorang warga Denmark yang kebetulan melalui jalan yang sama. 
Mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.